v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wilayah Autonomi Hui Ningxia China Berusaha Melindungi Warisan Budaya Bukan Benda
2008-08-28 18:18:49 CRI

Pegawai daripada pusat kebudayaan kaunti Longde, Wang Lianxi menyatakan bahawa kaunti itu telah menubuhkan beberapa pusat kesenian menurut keunggulan kesenian di tempat masing-masing seperti kampung sulaman dan kampung lukisan guntingan kertas. Menurut beliau, ramai seniman kalangan rakyat di kawasan-kawasan tersebut berusaha menghasilkan barang-barang yang cantik dan mempunyai nilai kesenian yang tinggi. Barang-barang tersebut mendapat sambutan yang baik di pasaran. Keadaan ini menggalakkan lebih ramai pemuda rajin yang mempelajari kesenian kraftangan tersebut.

Pakaian tradisional etnik Hui Ningxia menggabungkan ciri-ciri pakaian nenek moyangnya dengan pengaruh tamadun Islam. Kebanyakan pakaian tradisional etnik Hui Ningxia berwarna putih, hitam dan hijau dan dihias dengan gambar bunga dan tumbuh-tumbuhan serta tulisan Arab. Kerajaan Ningxia telah menubuhkan pameran pakaian tradisional etnik Hui dan sulaman di Wuzhong dan 4 buah kampung seni sulaman di kawasan Xiji dan Longde untuk melindungi kesenian tersebut.

"Tongkat Keluarga He" yang sudah diwarisi lebih 180 tahun merupakan sejenis cara Wusyu yang terkenal di Ningxia. Cara Wusyu itu disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda Ningxia kumpulan pertama. Selain untuk melawan musuh, cara Wusyu itu juga amat baik untuk penjagaan kesihatan. Pewaris "Tongkat Keluarga He" generasi kelima, He Jiangong bercita-cita untuk mengembangkan cara Wusyu tersebut.

Kerajaan Wilayah Autonomi Hui Ningxia telah menggubal peraturan tempatan untuk melindungi warisan budaya bukan benda pada tahun 1990-an. Kumpulan kepimpinan dan pusat perlindungan warisan budaya bukan benda Ningxia telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2005. Selain itu, kerajaan wilayah itu telah mengumumkan "rancangan pelaksanaan projek perlindungan warisan budaya bukan benda Ningxia" pada 15 September 2005. "Peraturan Perlindungan Warisan Budaya Bukan Benda Ningxia diluluskan oleh Jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Ningxia, China pada 21 Julai 2006 dan dikuatkuasakan pada 1 September tahun itu. Peraturan-peraturan tersebut telah meningkatkan tahap perlindungan warisan budaya bukan benda di sisi undang-undang.

------Andika


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |