v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malaysia
2007-04-24 15:04:59 CRI

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia, merupakan metropolis yang baru dan moden dan juga merupakan pusat industri terbesar di negara tersebut.

Kuala Lumpur terletak di kawasan tengah Semenanjung Malaysia, keluasannya mencapai 243 kilometer persegi. Sebagai ibu negara Malaysia, sektor perdagangan, perbankan, kewangan, pembuatan, pengangkutan, sains, teknologi dan pelancongan juga turut berkembang dengan pesat di Kuala Lumpur.

Menara berkembar Petronas yang setinggi 452 meter merupakan mercu tanda Kuala Lumpur. Di antara kedua-dua menara itu terdapat sebuah jambatan yang dibina pada paras ketinggian 170 meter untuk menghubungkan kedua-dua bangunan tersebut. Di sini, para pelancong dapat menikmati pemandangan seluruh bandar raya Kuala Lumpur.

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah mercu tanda lain yang terdapat di Kuala Lumpur. Bangunan tersebut dibina pada tahun 1879. Menara jamnya mirip dengan menara jam "The Big Ben" di London. Bangunan itu dahulunya merupakan jabatan kerajaan sewaktu pemerintahan British, kini telah menjadi Mahkamah Persekutuan Malaysia.


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |