v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malaysia
2007-04-24 15:04:59 CRI

Pulau Pinang

Pulau Pinang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Pemandangannya yang indah permai menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan yang sangat terkenal. Negeri Pulau Pinang terdiri daripada Pulau Pinang dan Seberang Perai, keluasannya mencapai 1031 kilometer persegi.

Semasa Kapten Francis Light dari Britain pertama kali mendarat di Pulau Pinang pada tahun 1786, hutan di pulau ini sangat subur, di sini juga terdapat banyak pokok pinang. Oleh sebab itu, pulau ini dinamakan Pulau Pinang.
Jambatan Pulau Pinang dan Bukit Bendera merupakan destinasi pelancongan yang paling terkenal di Pulau Piang.
Kira-kira 85% penduduk Pulau Pinang ialah orang Cina, dialek Hokkien dapat difahami oleh kebanyakan penduduk di sini.

Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar Semenanjung Malaysia mulai dibina pada tahun 1979 dan dirasmikan pada tahun 1985. Panjangnya mencapai 13.5 kilometer dan merupakan jambatan yang paling panjang di Asia serta ketiga terpanjang di seluruh dunia.

Bukit Bendera diterjemahkan sebagai "Penang Hill" dalam bahasa Inggeris. Pada zaman pemerintahan British, di Pulau Pinang, ramai pegawai kanan British pernah tinggal di sana, askar British saling menghubungi dengan menggunakan bendera. Oleh sebab itu, bukit itu dipanggil "Bukit Bendera" oleh para penduduk tempatan.


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |