v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malaysia
2007-04-24 15:04:59 CRI

Melaka

Negeri Melaka terletak di bahagian barat Semenanjung Malaysia, di pesisir Selat Melaka. Ibu negeri Melaka ialah bandar Melaka.

Bandar Melaka merupakan bandar yang mempunyai sejarah yang paling lama di Malaysia. Bandar tersebut mula dibina pada tahun 1403 sebagai ibu negeri Kerajaan Melayu Melaka. Pada tahun 1511, Melaka diduduki oleh penjajah Portugis. Pada tahun 1641, Melaka menjadi tanah kolonial Belanda. Pada tahun 1826, British mengambil alih Melaka daripada Belanda dan menjalankan pentadbiran kolonial di Melaka. Pada 20 Februari tahun 1956, Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia di Padang Pahlawan, bandar Hilir, Melaka.

Stadthuys, dewan perbandaran yang berwarna merah bata di Melaka merupakan bangunan bercirikanBelanda yang paling tua di Timur Jauh. Bangunan itu pernah digunakan sebagai jabatan kerajaan tempatan selama lebih 300 tahun dan bermula pada tahun 1980, bangunan itu telah menjadi sebuah muzium.

Kota Saint John dibina semula oleh orang Belanda pada penghujung abad ke-18. Semua meriam yang terdapat di kota Saint John mengarah ke daratan. Ini disebabkan oleh ancaman yang dihadapi oleh Melaka pada masa itu datangnya dari darat bukannya dari laut.


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |