v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Temu Ramah dengan Pembawa Obor Sukan Olimpik Beijing dari Kazakhstan
2008-04-02 14:41:12 CRI

Pembawa Obor yang Paling Tua

Yevgeny Kagyaikin merupakan pembawa obor yang paling tua di kalangan 80 orang pelari yang membawa obor Sukan Olimpik Beijing di Almaty. Beliau juga merupakan calon yang paling awal terpilih sebagai pembawa obor sukan temasya itu untuk destinasi Almaty. Beliau yang berumur 80 tahun itu ialah jaguh olahraga Kazakhstan yang pertama menyertai Sukan Olimpik. Pada tahun 1956, Yevgeny Kagyaikin menyertai Sukan Olimpik Musim Panas ke-16 di Melbourne, Australia dalam acara lari 3000 meter dan 5000 meter. Selain itu, beliau pernah lima kali menjadi juara dalam temasya sukan bekas Kesatuan Soviet. Selepas bersara daripada bersukan sebagai atlet, beliau meneruskan khidmat sebagai jurulatih pasukan olahraga negara Kazakhstan dan berjaya melahirkan 150 orang atlet olahraga yang terbaik untuk negaranya. Mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai acara peringkat negara dan antarabangsa.

Beliau kelihatan teruja ketika menyebut dirinya dipilih sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Beijing. Yevgeny Kagyaikin memberitahu wartawan CRI bahawa beliau dilahirkan pada 30 Ogos 1928, dan kebetulan pula Sukan Olimpik Beijing akan diadakan pada bulan Ogos, tahun ini. Beliau berasa sangat bertuah kerana kebetulan itu. Yevgeny Kagyaikin berkata:

"Wartawan Akhbar Petang Almaty memaklumkan bahawa saya menjadi calon pembawa obor Sukan Olimpik. Saya memang terkejut ketika diberitahu khabar itu. Saya berterima kasih atas kepercayaan orang rami kerana memilih saya sebagai pembawa obor Sukan Olimpik di destinasi pertama bagi perjalanan penghantarannya. Selepas itu, saya pun memulakan persediaan dengan berlari 45 minit selang sehari. Saya yakin saya boleh melaksanakan tugas yang diberikan. Moga-moga semua atlet yang menyertai Sukan Olimpik Beijing nanti dapat mencapai prestasi yang baik dan menjalin persahabatan dengan peserta-peserta negara lain."

Walaupun sudah menjangkau umur 80 tahun, Yevgeny Kagyaikin masih memberikan perhatian kepada perkembangan bidang sukan. Beliau menyifatkan larian obor Sukan Olimpik sebagai perjalanan untuk menyemarakkan semangat Olimpik. Kata beliau:

"Melalui berita yang disiarkan, saya mendapati Beijing sudah bersiap sedia untuk Sukan Olimpik. Semua kemudahan sukan di sana sudah diuji. Saya ucapkan selamat berjaya kepada pihak penganjur Sukan Olimpik Beijing dan berharap Sukan Olimpik Beijing menjadi sukan yang terbaik dan paling menarik dalam sejarah Sukan Olimpik. Syabas, Beijing!"

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |
    16A Shijingshan Road, 100040 Beijing China
    Hak Cipta Terpelihara oleh CRI