Pembawa Obor yang Paling Muda
Varelii Kim, 17 tahun, merupakan pelari yang paling muda dalam larian obor Sukan Olimpik di Almaty kali ini. Dia ialah pelajar darjah 10 di sekolah menengah No. 134 Almaty. Sekolah itu merupakan salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di bandar itu. Varelii Kim diiktiraf sebagai genius matematik di sekolahnya. Dia memenangi tempat ketiga dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa. Ini merupakan prestasi yang paling cemerlang bagi Kazakhstan dalam pertandingan tersebut.
Setelah diberitahu menjadi calon pembawa obor yang paling muda dari Kazakhstan, Varelii Kim dan ibunya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana terlalu gembira. Varelii Kim memberitahu wartawan CRI:
"Ketika saya diberitahu saya terpilih sebagai calon pembawa obor Sukan Olimpik, sangka saya itu hanya gurauan. Setelah saya pastikan perkara itu, saya memang merasa bangga."
Varelii Kim pun memberitahu wartawan kami bahawa harapan terbesarnya tahun ini ialah menyaksikan pertandingan Sukan Olimpik dengan ibunya di Beijing.
1 2 3 4
|