Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
 
Login | Daftar
 
Cari:
Laman Utama | BeritaPelanconganKebudayaan Islam Belajar Mandarin Kenali BeijingChina ABC
 
Hasil Pemilihan Panel Penilai
• Keputusan 10 Berita Asia Tenggara Paling Penting 2012
Berita "Aung San Suu Kyi Angkat Sumpah Menjadi Ahli Parlimen" mengungguli Program Senarai 10 Berita Asia Tenggara Paling Penting 2012 anjuran bersama CRI dengan media-media utama serantau.
Sembilan berita lain yang tersenarai termasuk "Pertikaian Berhubung Pulau Huangyan", "Naw Kham Ditangkap di Laos", "AS-Myanmar Pulih Hubungan Diplomatik Peringkat Duta Besar ", "Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Gagal Tandatangani Pengumuman Bersama", "Kemboja dan Thailand Undur Tentera dari Sempadan Dipertikaikan", "Rancangan Penyambungan Sistem Bursa Saham ASEAN Dimulakan", "Kerajaan Filipina Meterai Kerangka Perjanjian Damai dengan MILF", "Laos Anggotai WTO", dan ASEAN Anjurkan Rundingan RCEP".
Pengumuman
Sertai dan pilih "Sepuluh Berita Asia Tenggara yang Paling Penting Tahun 2012" mengikut pendapat anda. Marilah kita mengimbas kembali tahun 2012.
Program ini menawarkan "Hadiah Penyertaan" kepada 30 pengundi, buatlah pilihan, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada CRI.
Tarikh program:
Program bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 31 Disember 2012.
Anda boleh membuat pilihan melalui laman web kami, https://malay.cri.cn
Anda juga boleh mengirim e-mel kepada kami melalui mal@cri.com.cn
Perhatian: Sila pastikan alamat e-mel anda betul dan berfungsi bagi memastikan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah kami.
Pihak Kerjasama

v Utusan Online

v Radio Elshinta Indonesia

v Harian Nusantara

v Sinar Harapan

v Shangbao Indonesia

v Agensi Berita Vietnam

v Radio Nasional Laos

v Televisyen Negara Laos

v Radio Nasional Kemboja

v Surat Kabar Pasaxon Laos

v Viantiane Times

v Televisyen Digital Negara Vietnam

v Radio Televisyen Quang Ninh Vietnam

v Suara Vietnam

v Radio Cu Thailand
Senarai Pilihan
• Aung San Suu Kyi Angkat Sumpah Menjadi Ahli Parlimen
Pilihan raya kecil Parlimen Persekutuan dan Parlimen Provinsi diadakan di Myanmar pada 1 April tahun 2012. Aung San Suu Kyi dan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pimpinannya memenangi 43 buah kerusi daripada 45 buah kerusi dalam pilihan raya kecil kali ini.
• Naw Kham Ditangkap di Laos
Dalang utama kes pembunuhan 13 orang anak kapal di Sungai Mekong pada 5 Oktober tahun 2011, Naw Kham ditangkap di Laos pada 25 April tahun 2012. Dia diserahkan kepada pihak China pada 10 Mei dan dibicarakan di Mahkamah Kunming, provinsi Yunnan.
• ASEAN+3 Tingkatkan Saiz Inisiatif Chiang Mai
Persidangan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (ASEAN + 3) ke-15 berlangsung di Manila, Filipina pada 3 Mei tahun 2012 untuk membincangkan situasi ekonomi makro dan kerjasama kewangan serantau di Asia Timur.
• Leon Panetta Melawat Teluk Cam Ranh
Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta melawat ke Teluk Cam Ranh, destinasi pertama dalam rangka lawatannya ke Vietnam pada 3 Jun tahun 2012. Beliau juga mengunjuingi kapal kargo angkatan laut AS, Richard E, Byrd (T-AKE-4) yang dibaik pulih dan diselenggara di Teluk Cam Ranh.
• Pertikaian Pulau Huangyan Reda
12 buah kapal nelayan China diganggu oleh sebuah kapal perang Filipina di perairan  Pulau Huangyan, Laut China Selatan pada 10 April tahun 2012. China segera menghantar sebuah kapal maritim ke perairan berkenaan untuk menangani situasi terbabit.
• AS-Myanmar Pulih Hubungan Diplomatik Peringkat Duta Besar
Duta Besar AS ke Myanmar, Derek Mitchell menyerahkan watikah pelantikan beliau kepada Presiden U Thein Sein pada 12 Julai tahun 2012. Beliau menjadi Duta Besar pertama AS ke Myanmar dalam tempoh 22 tahun, sekali gus menandakan hubungan antara kedua-dua negara itu dipulihkan secara beransur-ansur.
• Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Gagal Tandatangani Pengumuman Bersama
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-45 melabuhkan tirainya pada 13 Julai tahun 2012. Berikutan perselisihan mengenai isu Laut China Selatan, mesyuarat ini buat kali pertama gagal mencapai pengumuman bersama sejak ASEAN ditubuhkan pada 45 tahun yang lalu.
• Kemboja dan Thailand Undur Tentera dari Sempadan Dipertikaikan
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mencapai persepakatan mengenai pengunduran tentera dari sempadan yang dipertikaikan oleh kedua-dua negara di kawasan Kuil Preah Vihear dalam pertemuan di Siem Reap pada 13 Julai tahun 2012.
• Rancangan Penyambungan Sistem Bursa Saham ASEAN Dimulakan
Bursa Saham Singapura dan Malaysia mewujudkan penyambungan pada 18 September tahun 2012. Pada 15 Oktober, Sistem Bursa Saham Thailand bersambung dengan jaringan tersebut. Nilai perdagangan ketiga-tiga bursa saham tersebut menduduki 2/3 daripada nilai perdagangan kesemua tujuh buah bursa saham di ASEAN.
• Kerajaan Filipina Meterai Kerangka Perjanjian Damai dengan MILF
Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) secara rasmi menandatangani kerangka perjanjian damai pada 15 Oktober tahun 2012. Berdasarkan kerangka perjanjian damai itu, kerajaan Filipina bersetuju menubuhkan entiti baharu wilayah autonomi Bangsamoro di selatan Filipina.
More>>
Mengundi
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China