Cari:
v Sichuan, Habitat Asal Panda
Pada lebih 20 tahun yang lalu, oleh sebab Fargesia, sejenis buluh yang merupakan makanan utama panda, berbunga kemudian layu secara besar-besaran, maka pemain muzik China telah menggubah lagu yang bertajuk: Panda Mimi untuk mengumpul derma bagi membantu haiwan ini. Kini, Fargesia tumbuh dengan subur di Zon Perlindungan Alam Semula Jadi Wolong, manakala, panda yang merupakan spesies paling tua di dunia ini boleh hidup dengan senang di kawasan ini.
Zon Perlindungan Alam Semula Jadi Wolong terletak di bahagian barat laut Provinsi Sichuan. Kawasan ini merupakan salah satu habitat utama panda. Oleh sebab itulah, Provinsi Sichuan digelar sebagai kampung halaman panda. Panda liar hanya ditemui di hutan tebal di provinsi-provinsi Sichuan, Sha'anxi dan Gansu, maka, tempat yang paling sesuai bagi pelancong menyaksikan panda-panda ialah Taman Panda China yang terletak di Zon Perlindungan Alam Semula Jadi Wolong.
v Gunung Emei
Gunung Emei digelar sebagai Gunung Yang Pertama Di China sejak dahulu lagi. Diberitakan bahawa pada abad keempat Masihi, Sami Bao Zhang dari India telah melawat ke Gunung Emei, dan berasa kagum akan keindahan pemandangannya. Sami Bao Zhang memberi gelaran Gunung Yang Pertama Di China kepada Gunung Emei. Maka sejak itulah, Gunung Emei mula terkenal kerana gelaran tersebut.
Altitud Gunung Emei agak tinggi dengan mencatat lebih 3000 meter, suhu udara di puncak gunung dengan di kaki gunung jauh berbeza, dan ini telah menyediakan iklim yang baik bagi tumbuh-tumbuhan. Menurut statistik, terdapat lebih 5000 jenis tumbuh-tumbuhan di Gunung Emei, sama banyaknya dengan jumlah jenis tumbuh-tumbuhan di seluruh Eropah.
v Sanxingdui
Dahulunya Sanxingdui disebut sebagai "kampung Sanxing". Seorang petani di situ pada sesuatu hari telah memulakan pencarigalian dan penyelidikan terhadap tempat itu yang berlangsung selama puluhan tahun. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa pada 3,000 hingga 5,000 tahun yang lalu, Sanxingdui ialah ibu negeri Shu pada zaman silam, kemakmurannya pernah berlangsung selama 2,000 tahun. Penemuan tapak peninggalan zaman Sanxingdui telah menjadikan sejarah negeri Shu lebih awal 2,000 tahun.
Kampung Sanxing terletak di provinsi Sichuan, bahagian barat daya China. Jarak perjalanannya dengan menaiki kereta dari Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan hanyalah satu jam. Pada lebih kurang 10 tahun yang lalu, sebuah muzium telah dibina di situ dan dinamakan "Sanxingdui".
v Destinasi Pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong
Jika saudara melancong ke Provinsi Sichuan, jangan lepaskan peluang saudara untuk melancong ke destinasi pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong. Tahukah saudara, apakah keunikan Jiuzhaigou dan Huanglong? Mengapa penduduk China menyifatkan kedua-dua destinasi itu sebagai "syurga di bumi"?
Jiuzhaigou terletak di Daerah Autonomi Etnik Tibet dan Etnik Qiang, Aba di bahagian barat Provinsi Sichuan, China, dan merupakan lembah yang panjangnya melebihi 40 kilometer. Lembah itu dinamakan Jiuzhaigou kerana terdapat sembilan kampung etnik Tibet di kawasannya.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China