Gunung Emei digelar sebagai Gunung Yang Pertama Di China sejak dahulu lagi. Diberitakan bahawa pada abad keempat Masihi, Sami Bao Zhang dari India telah melawat ke Gunung Emei, dan berasa kagum akan keindahan pemandangannya. Sami Bao Zhang memberi gelaran Gunung Yang Pertama Di China kepada Gunung Emei. Maka sejak itulah, Gunung Emei mula terkenal kerana gelaran tersebut.
Altitud Gunung Emei agak tinggi dengan mencatat lebih 3000 meter, suhu udara di puncak gunung dengan di kaki gunung jauh berbeza, dan ini telah menyediakan iklim yang baik bagi tumbuh-tumbuhan. Menurut statistik, terdapat lebih 5000 jenis tumbuh-tumbuhan di Gunung Emei, sama banyaknya dengan jumlah jenis tumbuh-tumbuhan di seluruh Eropah.
Ketika berjalan-jalan di gunung, kelihatan pokok-pokok tinggi di tepi jalan, dan pemandangannya dipenuhi dengan daun-daun yang menghijau. Seiring dengan perubahan musim dan iklim menjadikan Gunung Emei juga mempunyai pemandangan yang berbagai-bagai.
Sebenarnya, nama Gunung Emei telah menerangkan keindahan pemandangannya. Menurut catatan sejarah, pada zaman silam, "Emei" bermakna bulu kening gadis.