Cari:
Gunung Emei
2012-12-17 15:31:05 CRI Cetak

Dalam proses perkembangannya di Gunung Emei, agama buddha telah memperkaya budaya Gunung Emei. Kuil-kuil dan patung-patung Buddha di Gunung Emei juga menjadi salah sebahagian daripada pemandangan yang indah di gunung itu. Oleh sebab itulah, Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah memilih Gunung Emei sebagai Warisan Alam dan Budaya Dunia.  


Patung Gunung Leshan

Selepas melancong di Gunung Emei, saudara juga boleh melawati Patung Gunung Leshan, iaitu patung Buddha yang terbesar di dunia. Patung Buddha Maitreya tersebut diukir di gunung itu. Tingginya mencatat lebih 70 meter, dan lebarnya mencatat lebih 20 meter. Jadi, mengapa patung Buddha itu dibina, dan siapakah yang membinanya?

Pemandu pelancong, Puan Wu Liping memberitahu pemberita bahawa, "Patung Buddha Gunung Leshan itu mula dibina pada zaman Dinasti Tang, iaitu pada abad ketujuh Masihi. Patung itu dibina dengan sumbangan Sami Haitong. Pada masa itu, Sami Haitong mendapati bahawa Gunung Leshan terletak di kawasan pertemuan tiga batang sungai, iaitu Sungai Min, Sungai Dadu dan Sungai Qingyi, dan sering berlaku kemalangan kapal yang mengorbankan jiwa. Maka, Sami Haitong memutuskan untuk membina patung Buddha Gunung Leshan bagi mengelakkan kemalangan itu. Beliau meminta sumbangan derma di pelbagai tempat di seluruh negara untuk membina patung Buddha itu. Namun, tatkala kepala patung itu siap dibina, Sami Haitong telah meninggal dunia."

Selepas itu, dengan adanya usaha dua generasi dalam tempoh selama 90 tahun, maka patung Buddha Gunung Leshan dapat siap dibina sepenuhnya. Kini, ramai penganut agama Buddha datang memuja patung itu, termasuk Jelmaan Buddha Norbu Rinpoche dari Kuil Dong Na La Qing, Provinsi Qinghai China. Beliau berkata:"Bagi semua penganut agama Buddha, kami boleh datang ke sini untuk memuja patung Buddha besar yang bersejarah lama. Ini dapat menjernihkan hati kami."


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China