Cari:
Gunung Emei
2012-12-17 15:31:05 CRI Cetak

Destinasi Puncak Emas yang terletak di kemuncak gunung merupakan tempat yang paling menarik di Gunung Emei. Selain tiga buah dewan kuil yang gilang-gemilang, di sana juga terletak patung Buddha emas Bodhisatva Murni Sarwajagat yang mempunyai empat wajah dan bermuka sepuluh. Patung Buddha itu setinggi 48 meter.

Patung Buddha Bodhisatva Murni Sarwajagat ini bertopi emas, memegang hiasan emas Ru Yi yang bermakna "memenuhi harapan seseorang" (as one wishes), dan menunggang gajah putih yang bergigi enam. Patung itu mempunyai empat wajah, iaitu gembira, marah, sedih dan senyum, dan sepuluh mukanya menghadap ke sepuluh arah. Patung itu merupakan satu-satunya patung Bodhisatva Murni Sarwajagat yang bermuka sepuluh. Pelancong boleh melihat muka patung itu dari mana-mana sudut.

 
Puncak Emas

Destinasi Puncak Emas bukan sahaja tempat pemujaan, tetapi juga merupakan tempat yang paling baik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit dan lautan awan. Memandang dari Puncak Emas, ketika matahari muncul dari tempat yang terlindung, warna gunung-gunung tersebut turut menjadi bertukar warna keemasan dan pemandangan itu sangat menakjubkan. Selepas matahari terbit dan kabus beransur-ansur hilang, awan semakin berarak dari kaki gunung dan berkumpul menjadi lautan awan yang tidak terhingga. Itulah pemandangan yang paling indah.

Jika bernasib baik, pelancong juga dapat menikmati satu keajaiban pemandangan yang digelar sebagai Cahaya Buddha. Pemandangan Cahaya Buddha itu merupakan satu fenomena fizikal alam semula jadi yang istimewa. Ia kelihatan satu lingkaran cahaya yang berwarna-warni, di tengah-tengah lingkaran cahaya itu terlihat bayang manusia dan akan bergerak mengikut gerakan manusia. Akan tetapi, wujudnya fenomena alam itu berkait rapat dengan pelbagai faktor termasuklah cahaya matahari dan bentuk muka bumi. Adakah saudara berminat untuk melancong ke Gunung Emei dan menyaksikan pemandangan yang menakjubkan itu?

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China