Cari:
Pelakon Wanita, Xi Meijuan
2009-03-25 17:01:21 CRI Cetak

Antara pelakon wanita dalam arena filem dan drama bersiri TV China, Xi Meijuan digelar sebagai "pelakon yang banyak memperoleh anugerah". Beliau telah memperoleh "Meihua", anugerah drama China, "Jinji" dan "Huabiao", anugerah filem serta "Jinying" dan "Feitian", anugerah drama bersiri TV. Ada pengulas yang berpendapat bahawa terdapat amat sedikit pelakon seperti Xi Meijuan yang melakonkan watak-watak yang berlainan dari segi pekerjaan dan keperibadian.

Dalam drama TV bersiri "Rumput pada Musim Bunga" yang sedang disiarkan sekarang, Xi Meijuan melakonkan watak seorang ibu di desa. Lakonannya amat diminati oleh penonton.

(drama TV bersiri "Rumput pada Musim Bunga" )

Drama TV bersiri "Rumput pada Musim Bunga" menceritakan kisah seorang wanita muda di desa, Chuncao, yang hanya bersekolah selama 3 bulan. Dia tidak mengaku kalah kepada nasib, mencari nafkah sendiri dari tempat ke tempat, dan mencari suami sendiri. Ibunya sangat sayang padanya dan berharap dia berbahagia. Ketika Chuncao berkahwin dengan seorang pemuda yang nampaknya tidak bertanggungjawab dan suka berfoya-foya, ibunya tidak bersetuju, bahkan tidak mahu memaafkannya pada upacara perkahwinan itu. Dalam drama ini, Xi Meijuan melakonkan watak ibu Chuncao. Katanya,

"Saya menyukai watak ibu Chuncao, kerana watak ini mencabar. Terdapat dunia yang berlainan dalam kerjaya pelakon. Bagi saya, pelakon profesional mestilah dapat melakonkan pelbagai watak."

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China