Cari:
Pelakon Wanita, Xi Meijuan
2009-03-25 17:01:21 CRI Cetak

Untuk melakonkan watak ini dengan baik, Xi Meijuan, bersama-sama dengan pelakon yang lain dalam drama itu telah pergi ke desa dan melihat serta memahami kehidupan wanita di sana. Dengan cara itu, Xi Meijuan telah berjaya melakonkan watak wanita desa dengan baik.

Menurutnya, pelakon perlu mempunyai pengalaman yang banyak dalam kehidupan kerana untuk membuat penggambaran drama TV bersiri, masanya memang amat pendek. Xi Meijuan berkata,

"Pada saya, pengalaman tidak dapat diperoleh sebelum berlakon. Ia perlu dikumpul dalam jangka yang panjang. Persiapan itu termasuk juga pemerhatian pelakon terhadap masyarakat. Dengan itu, jika ada peluang, simpanan pengalaman dalam otak pelakon ini dapat digunakan."

Xi Meijuan tamat dari fakulti lakonan Institut Drama Shanghai, dan menjadi pelakon Teater Kesenian Shanghai pada tahun 1976. Pada tahun 1970-an dan 1980-an, beliau berlakon dalam beberapa banyak drama, termasuk karya William Shakespeare, seperti "Romeo and Juliet" dan "Taming of the Shrew". Beliau memperoleh anugerah Meihua Drama China ke-5 dan anugerah "Pelakon Terbaik" daripada Kementerian Kebudayaan.

(drama TV bersiri "Jiang Zhuying")

Pada tahun 1990, Xi Meijuan mula menembusi arena drama TV bersiri. Drama TV yang dilakonkannya seperti "Jiang Zhuying", "Ibu Hakim", "Bunga Teluki yang Merah" memberikan kesan yang mendalam kepada penonton.

("Bunga Teluki yang Merah")

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China