Antara watak yang dilakonkan oleh Xi Meijuan termasuk watak datuk bandar, hakim, usahawan dan guru. Beliau selalu mencuba watak yang berlainan dan yang mencabar dirinya. Dua tahun yang lalu, dalam drama TV bersiri "Pembantu Rumah", Xi Meijuan melakonkan watak seorang pegawai kanan yang telah bersara dan yang cerewet. Watak ini selalu mencetuskan masalah dengan pembantu rumahnya. Watak ini jauh berbeza daripada watak lembut yang selalu dilakonkannya.

("Pembantu Rumah")
"Selepas satu atau dua drama TV bersiri disiarkan, biasanya pelakonnya akan dianggap oleh penonton hanya dapat melakonkan sejenis watak yang tertentu sahaja. Pada saya, pelakon yang profesional patut mampu melakonkan watak yang berbeza-beza. Inilah impian hampir semua pelakon, iaitu melakonkan watak yang pelbagai jenis. Saya juga mengharapkan peluang ini."
Walaupun telah menjadi terkenal, Xi Meijuan tidak menonjolkan diri. Pada masa tidak berlakon pula, beliau suka membaca pelbagai jenis buku, seperti buku ulasan politik dan sastera, cerpen, biografi dan puisi. Menurutnya, simpanan pengetahuan dapat dihasilkan melalui pembacaan. Seniman perlu mempunyai sikap seperti orang biasa.








