Cari:
Wawancara dengan Mantan Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Luar China, Encik Cheng Ruisheng
2009-05-27 13:02:03 CRI Cetak


Encik Cheng Ruisheng dengan memakai baju batik yang dihadiahkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1974

Encik Cheng Ruisheng telah berusia 75 tahun. Beliau ialah Mantan Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Luar China, Mantan Atase dan Duta Besar China ke India dan Myanmar. Semasa menjawat jawatan Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia kementerian Luar China, beliau bertanggungjawab terhadap hal ehwal Myanmar dan lima buah negara anggota ASEAN pada masa itu, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Sebagai pegawai kanan Kementerian Luar, beliau terlibat dalam usaha menjalin hubungan diplomatik China dengan Malaysia, Filipina dan Thailand. Sempena ulang tahun ke-35 jalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, hubungan kedua-dua negara berkembang dengan sihat dan mantap secara berterusan dalam rangka Hubungan Rakan Strategik China-ASEAN. Encik Cheng menyatakan rasa kagum terhadap pandangan jauh pemimpin-pemimpin kedua-dua negara pada masa itu untuk mengatasi kesukaran dalam menjalinkan hubungan diplomatik. 

Sebelum tahun 1970, hubungan rasmi antara China dengan Malaysia belum lagi terjalin. Pada tahun 1971, Dr. Henry Kissinger, Penolong Hal Ehwal Keselamatan Negara Presiden A.S., Richard Nixon melawat China. Ini memberi isyarat kepada seluruh dunia bahawa China-A.S. akan menjalinkan hubungan diplomatik. Ekoran daripada itu, banyak negara turut menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Tambahan pula, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein mengemukakan pandangan bahawa ASEAN mengekalkan sikap berkecuali dalam hubungan dengan kuasa-kuasa besar dengan jaminan A.S., Kesatuan Soviet dan China. Dengan demikian, Malaysia mendahului bibit-bibit hubungan dengan China. Boleh dikatakan, semua halangan antara hubungan kedua-dua negara telah dihapuskan. China dan Malaysia, seperti sepasang kekasih yang baru jatuh cinta, mula mencuba untuk saling mendekati.

Lawatan untuk Mencairkan Ais

Pada bulan Mei tahun 1971, Pengerusi Pernas, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan perdagangan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan Guangzhou. Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menteri, Li Xiannian telah mengadakan pertemuan dengan ahli rombongan Malaysia. Ini menandakan China telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Selanjutnya, Republik Rakyat China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos tahun 1971, iaitu Rombongan Persatuan Promosi Perdagangan Antarabangsa China. Encik Cheng Ruisheng turut serta kerana menjadi setiausaha rombongan tersebut.

Rombongan Persatuan Promosi Perdagangan Antarabangsa China

Encik Cheng berkata, setiba di Malaysia, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak segera menghantar tukang jahit ke hotel penginapan mereka untuk membuat baju batik bagi setiap anggota rombongan China. Baju batik disiapkan dengan cepat. Encik Cheng berkata, ketika memakai baju batik, beliau merasa sangat seronok kerana baju itu memang pakaian yang sesuai dengan cuaca tempatan. Tetapi, menurut pandangan orang China pada masa itu, baju batik mungkin terlalu "berwarna-warni". Oleh itu, semasa mengadakan pertemuan dengan Tun Abdul Razak di pejabatnya, semua anggota rombongan tetap memakai sut tunik China. Selepas berakhir lawatan, pada malam 27 Ogos, Encik Johari, seorang menteri ketika itu mengadakan jamuanbagi mengucapkan selamat jalan untuk anggota rombongan China. Atas permintaan pihak Malaysia, semua anggota memakai baju batik yang dihadiahkan oleh Tun Abdul Razak. Encik Cheng mengenang kembali peristiwa pada malam jamuan tersebut. Seniman Malaysia mempersembahkan tarian tradisional Malaysia untuk mereka. Semasa persembahan itu, anggota rombongan diundang oleh penari untuk menari bersama. Sungguh meriah majlis pada malam itu. Beliau sangat seronok sehingga merasa beliau sendiri sudah menjadi seorang Melayu.

Dalam tempoh lawatan rombongan China, kedua-dua pihak menandatangani banyak perjanjian perdagangan dua hala. Ini secara besar-besaran mendorong proses jalinan hubungan diplomatik China Malaysia. Dalam perhimpungan agung PBB pada bulan Oktober tahun itu, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB.

Rombongan pertama dari Republik Rakyat China ke Malaysia


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China