Cari:
Wawancara dengan Mantan Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Luar China, Encik Cheng Ruisheng
2009-05-27 13:02:03 CRI Cetak

Lawatan Mengenang Kembali

Pada tahun 2006, sempena ulang tahun ke-32 jalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, anak sulung Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melawat China. Sebelum itu, beliau meminta Tan Sri Michael Chen membantu mencari rakan lama bapanya di China. Encik Cheng Ruisheng berkata, ketika dimaklumkan oleh Kementerian Luar bahawa Datuk Seri Najib meminta mengadakan pertemuan dengan beliau, beliau merasa sangat terkejut. Sebab selepas jalinan hubungan dengan beberapa negara ASEAN, beliau telah dilantik sebagai Duta Besar ke India dan memberi tumpuan kepada penyelidikan isu Asia Selatan. Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Najib, anak Tun Razak itu merasa sangat gembira kerana bertemu dengan rakan lama bapanya yang juga orang penting yang telah mendorong penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Beliau juga mengundang beberapa rakan lama bapanya untuk melawat Malaysia.

Majlis jamuan di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri

Menurut Encik Cheng, pada mulanya, beliau berpendapat, undangan tersebut hanya kenyataan sebagai tanda budi bahasa. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Kementerian Luar menerima surat dari Malaysia, secara rasmi mengundang Encik Cheng, Puan Tang Wensheng, bekas Penterjemah Pengarusi Mao Zedong dan beberapa orang lagi yang terlibat dalam usaha penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara, untuk melawat Malaysia.

Cheng Wensheng hantar hadiah kepada Najib

Sekali lagi dapat berkunjung ke Malaysia, Encik Cheng menyatakan kekaguman terhadap perubahan besar yang dialami oleh negara itu. Hotel tempat mereka menginap ketika melawat Kuala Lumpur pada tahun 1973 merupakan hotel tempatan yang paling baik. Tetapi sekarang, hotel itu sudah tidak wujud lagi. Anggota rombongan tersebut ditempatkan di Hotel Shangri-La, salah sebuah hotel yang lebih mewah di Kuala Lumpur. Mereka diundang ke kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya untuk majlis jamuan bersama dengan Datuk Seri Najib serta beberapa rakan lama di Malaysia, seperti Tan Sri Michael Chen. Semasa jamuan itu, mereka bersama-sama mengenang kembali proses penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia dan menyanjung tinggi peranan Tun Abdul Razak untuk mempererat persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. Ketika meninggalkan kediaman rasmi tersebut, Datuk Seri Najib menghadiahkan kain batik kepada setiap anggota pelawat. Encik Cheng teringat peristiwa ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri itu di Bejing, beliau pernah memaklumkan kepada Datuk Seri Najib bahawa bapanya pernah menghadiahkan baju batik kepada beliau. Kali ini Datuk Seri Najib memilih kain batik sebagai hadiah untuk memberitahu kepada rakan dari China bahawa beliau akan mewarisi usaha bapanya mengukuhkan persahabatan dengan China.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China