"Diplomasi Pingpong"
Dalam sejarah diplomatik Republik Rakyat China, suatu tindakan yang dipanggil "diplomasi pingpong" sangat terkenal kerana peranan pentingnya dalam usaha menjalin hubungan diplomatik China-A.S.. Sememangnya, diplomasi pingpong berperanan penting dalam jalinan hubungan diplomatik. Encik Cheng Ruisheng memaklumkan, pada tahun 1971, Pengerusi Persatuan Pingpong Malaysia, yang juga rakan baik Tun Abdul Razak, Tan Sri Michael Chen Wing Sum mengetuai pasukan pingpong Malaysia menyertai Kejohanan Pingpong Asia, Afrika dan Amerka Latin yang diadakan di Beijing. Tan Sri Michael Chen menyampaikan surat Tun Abdul Razak yang ditulis dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Malaysia kepada Perdana Menteri, Zhou Enlai. Zhou Enlai segera mengarah Menteri Luar ketika itu, Ji Pengfei untuk mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Michael Chen dan seorang pegawai diplomatik Malaysia yang turut serta sebagai anggota rombongan pingpong.
Pada tahun 1972, rombongan pingpong Malaysia sekali lagi melawat China. Sebagai membalas kunjungan tersebut rombongan pingpong China pula melawat Malaysia pada tahun 1973. Pengerusi rombongan tersebut ialah pemain pingpong terkenal China, Zhuang Zedong. Encik Cheng yang ketika itu menjawat jawatan Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Luar turut menyertai rombongan tersebut sebagai naib pengerusi rombongan pingpong.
Diplomasi pingpong bukan sahaja meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara, tetapi juga terus mendorong proses jalinan hubungan diplomatik China Malaysia. Bermula pada bulan Jun tahun itu, rundingan bagi mengukuhkan hubungan diplomatik China-Malaysia diadakan di New York. Hasilnya, satu persepakatan berjaya dicapai.
Perdana Menteri, Zhou Enlai mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tun Abdul Razak
Pada 28 Mei hingga 2 Jun tahun 1974, atas undangan Perdana Menteri, Zhou Enlai, Tun Abdul Razak melawat China. Pada masa itu, Zhou Enlai sakit tenat, tetapi beliau tetap mempengerusikan jamuan mengalu-alukan rombongan Malaysia dan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya itu. Pengarusi Mao Zedong juga mengadakan pertemuan dengan Tun Abdul Razak. Zhou Enlai dan Tun Abdul Razak menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei tahun itu. Ini menjadikan Malaysia, negara pertama dalam ASEAN yang mewujudkan hubungan dengan China. Pada malam 31 Mei, Tun Abdul Razak mengadakan jamuan balas untuk rakan China. Bagaimanapun, Zhou Enlai tidak menghadirinya kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Tun Abdul Razak melawat Shanghai pada 1 Jun dan kembali ke Malaysia pada 2 Jun. Encik Cheng mengiringi Tun Abdul Razak sepanjang lawatan di China sebagai pegawai Kementerian Luar China dan rakan lama Tun Abdul Razak.
Zhou Enlai dan Tun Abdul Razak menandatangani