
Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) akan sambil mempergiat pembangunan ekonomi, sambil memperhebat pertahanan negara, terutamanya pembangunan senjata nuklear. Demikian keputusan yang diluluskan dalam sidang pleno Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea yang diadakan di Pyongyang semalam.

Menurut kenyataan yang diterbitkan Agensi Pusat Korea (KCNA) pada hari yang sama, pemimpin tertinggi, Kim Jong-un berkata, DPRK terpaksa memperkasakan senjata nuklear dari segi kualiti dan kuantiti ketika menghadapi ancaman nuklear Amerika Syarikat (AS).








