Cari:
China-Australia Jalin Hubungan Rakan Strategik Saling Mempercayai dan Saling Menguntungkan
2013-04-08 13:52:02 CRI Cetak

China dan Australia bersetuju menjalinkan hubungan rakan strategik yang saling mempercayai dan saling menguntungkan dan membentuk mekanisme pertemuan tahunan Perdana Menteri kedua-dua negara. Demikian diumumkan dalam pertemuan Presiden Xi Jinping dengan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di Boao, provinsi Hainan semalam.

Xi berkata, kepentingan bersama, kerjasama dan tanggungjawab bersama antara kedua-dua negara semakin meningkat dalam menghadapi situasi antarabangsa dan serantau yang semakin mencabar. China dan Australia memandang pihak lain sebagai rakan kerjasama yang bersifat strategik dan membina, menghargai kepentingan utama dan tumpuan pihak lain bagi menjalinkan hubungan bilateral yang saling menghargai, saling mempercayai dan saling menguntungkan. Xi berharap kedua-dua negara meningkatkan kerjasama, mempercepat rundingan perdagangan bebas, mewujudkan kepelbagaian perdagangan dan pelaburan supaya hubungan China-Australia dapat berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Xi berkata, kedamaian dan kestabilan merupakan tumpuan utama pelbagai negara Asia-Pasifik, termasuk China dan Australia. China dan Australia patut menjadi teladan bagi pelbagai pihak untuk menghargai trend pembangunan yang baik pada masa ini, sekali gus menggalakkan kerjasama Asia Timur.

Gillard pula menyatakan, Australia berharap menjadi pembekal sumber alam yang boleh dipercayai bagi China, meningkatkan pelaburan dan kerjasama dalam bidang pertanian dan perkhidmatan kewangan supaya perjanjian perdagangan bebas bilateral dimeterai dengan lebih cepat. Australia juga bersedia meningkatkan hubungan dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara serta mengekalkan komunikasi dan penyelasaran dengan China bagi memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China