Cari:
FTA China, Rok dan Jepun Galak Kemakmuran Bersama Asia
2013-04-08 15:48:52 CRI Cetak

Kawasan perdagangan bebas (FTA) peringkat tinggi antara Republik Korea (RoK), China dan Jepun akan menggalakkan keterbukaan pelbagai negara Asia dan kemakmuran bersama Asia. Demikian dinyatakan oleh mantan Perdana Menteri RoK yang juga Ketua Persatuan Perdagangan negara itu, Han Duck-soo ketika menghadiri Forum Asia Boao semalam.

Menurut beliau, hubungan ekonomi antara RoK, China dan Jepun paling erat di Asia. Kini, integrasi ekonomi ASEAN semakin mendalam. Pewujudan integrasi ekonomi antara Rok, China dan Jepun akan menbentuk FTA yang KDNKnya menduduki 70% ke atas di seluruh Asia.

Beliau juga menyifatkan Forum Asia Boao wahana penting bagi pelbagai negara bahkan pelbagai syarikat dan pertubuhan di Asia untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China