Cari:
Letupan Maraton Boston: FBI Nafi Tahan Suspek
2013-04-18 12:37:09 CRI Cetak

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS semalam menafikan laporan beberapa media bahawa suspek yang terlibat dalam letupan di Boston telah dikenal pasti melalui gambar dan video. FBI menjelaskan bahawa setakat ini, tiada suspek yang ditangkap. Jurucakap FBI, Catherine Gulota turut mengumumkan, sidang media yang dijadualkan pada pukul 5 petang semalam waktu tempatan di Boston ditunda.

Polis Boston menyeru orang awam menyerahkan video dan gambar yang boleh membantu siasatan. Pihak polis telah mengumpul banyak video daripada sistem litar tertutup kedai-kedai yang berhampiran dengan tapak kejadian letupan, siaran stesen televisyen serta kamera telefon bimbit para atlet dan penonton. Bagaimanapun, berikutan kerumitan kes tersebut, siasatan masih diteruskan manakala motif dan dalang serangan tersebut belum dipastikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China