Akhbar Asahi Jepun menyiarkan rencana pengarang hari ini yang mengkritik anggota Diet yang menziararhi Yasukuni Jinja, tempat peringatan penjenayah perang Jepun.
Rencana pengarang itu menyatakan bahawa selepas tiga anggota Diet Jepun menziarahi Yasukuni Jinja, lebih ramai anggota Diet turut melakukan tindakan yang sama, antaranya yang menyandang jawatan peringkat tinggi dalam kerajaan dan parti politik. Tindakan yang menjejaskan negara jiran itu menular antara ahli politik dan menimbulkan kebimbangan.
Rencana itu menganggap tindakan ahli politik yang tidak mengambil iktibar daripda sejarah itu juga telah menjejaskan kepentingan negara Jepun sendiri.








