Menurut Persatuan Logistik dan Pembelian (CLFP) serta Biro Statistik Negara, indeks pengurus pembelian (PMI) meningkat 0.2% berbanding bulan April yang lalu, dengan mencatat 50.8%. Ini merupakan bulan ke-8 secara berturut-turut indeks tersebut menduduki 50% ke atas.
Naib Pengerusi CLFP, Cai Jin berkata, volatiliti indeks PMI yang amat stabil dan mulai meningkat menunjukan ekonomi bertumbuh secara stabil dan baik. Pakar dari Pusat Pengajian Pembangunan Dewan Negara, Zhang Liqun pula berkata, kenaikan PMI menunjukan pemulihan ekonomi.








