Presiden China, Xi Jinping menemui speaker Dewan Negara Trinidad and Tobago, Smith dan Speaker Dewan Perwakilan di Pelabuhan Sepanyol semalam.
Presiden Xi memuji tinggi kejayaan Trinidad and Tobago dalam bidang ekonomi, sosial dan ekologi. Menurut Xi, beliau telah mencapai kata sepakat yang penting dengan pemimpin negara Trinidad and Tobago untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara. Xi berharap badan perundangan kedua-dua negara mengekalkan komunikasi, dan bertukar-tukar pengalaman dalam aspek perundangan, penyeliaan dan pentadbiran negara.
Smith turut berkata, pihaknya menyokong rakyat China mewujudkan "Impian China". Parlimen Trinidad and Tobago berharap menyelenggarakan kunjungan berkala dengan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) bagi memperkasakan hubungan kedua-dua negara.