Anggota Kabinet Shinzo Abe menziarahi Yasukuni Jinja hari ini.
Hari ini ialah Hari Pengisytiharan Penyerahan Kalah tanpa syarat Jepun. Menurut laporan media Jepun, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tidak akan menziarahi Yasukuni Jinja yang mengeramatkan banduan perang pada hari ini, tapi akan menyumbang derma kepada Yasukuni Jinja atas nama Presiden Parti Demokrat Liberal (LDP).
Menurut analisis pakar China, Shinzo Abe tidak menziarahi Yasukuni Jinja kali ini ekoran tekanan dari masyarakat antarabangsa, bukan mencerminkan pendiriannya dalam isu sejarah sudah berubah. Naib Ketua Insititut Hubungan Antarabangsa Kontemporari Universiti Tsinghua, Liu Jiangyong berkata,
"Ini mencerminkan Yashukuni Jinjia tetap amat penting bagi Shinzo Abe kerana pandangan dan pendiriannya terhadap isu sejarah dan peperangan tidak berubah. Shinzo Abe memang berhajat untuk menziarahi Yashukuni Jinjia, namun memandangkan hubungan dengan negara lain, Shinzo Abe terpaksa berusaha mengelakkan diri daripada merangsang sikap bantahan China dan Republik Korea dalam isu ini agar mengekalkan peluang yang mencukupi untuk mengadakan pertemuan kemuncak dengan pemimpin kedua-dua negara."
Profesor Shi Yinhong dari Akademi Hubungan Antarabangsa Universiti Renmin China berpendapat, rekasi media dari AS dan pelbagai negara Eropah juga merupakan unsur yang perlu dipertimbangkan oleh Shinzo Abe,
" Pada pandangan saya, Shinzo Abe telah mempertimbangkan bantahan keras dari China dan beberapa negara Asia yang lain, serta sikap keraguan pihak media dari AS dan negara-negara Eropah, khususnya dari kerajaan AS, sehingga tidak bertindak melampau dalam isu ini."
Kumpulan sayap kanan di Yasukui Jinja.
Sejak LDP yang dipimpin oleh Shinzo Abe memenangi pilihan raya Dewan Tinggi Jepun, trend berhaluan kanan semakin ketara di arena politik Jepun. Ini telah menarik tumpuan bahkan mencetuskan perasaan antiJepun di kalangan masyarakat China, Republik Korea dan beberapa negara yang lain. Merujuk kepada perkembangan situasi sebegini, negara-negara terbabit perlu terus mengekalkan tumpuan dan menghadapinya dengan sikap yang tenang. Profesor Shi Yinhong menyatakan,
"Kita perlu berwaspada terhadap perkembangan trend ini. Misalnya, kini sebahagian kecil media yang berpendapat, Shinzo Abe mesti akan menggalakkan pemindaan Perlembagaan Damai. Jika matlamatnya dicapai, Jepun akan berkembang ke arah sebuah negara militerisme. Pandangan media seumpama ini adalah keterlaluan. Anggaran keterlaluan adalah bahaya kerana mempengaruhi fahaman kami terhadap situasi semasa dan tidak bermanfaat bagi China mengambil tindakan yang betul. Kerumitan media dan sektor politik Jepun merupakan masalah yang menarik tumpuan seluruh dunia. Perkembangan negara ini sukar diramalkan."