Ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak ke-8 Kumpulan 20 (G20) semalam mengenai azam China untuk memperkasakan pembaharuan serta mengekalkan dan menggalakkan keterbukaan ekonomi dunia mendapat pujian masyarakat antarabangsa.
Pakar Perancis dalam hal-ehwal China, Pierre Picard berkata, ucapan Presiden Xi amat bertepatan dengan situasi semasa. Negara-negara berkenaan perlu bermuafakat untuk membina iklim ekonomi yang sihat.
Pakar dari Universiti Toronto, Kanada, Aleksey Aleksandrov berkata, ucapan Presiden Xi itu memperlihatkan China sebagai negara besar yang bertanggungjawab. Pembangunan ekonomi China yang lestari dan sihat bermanfaat bagi pemulihan ekonomi dunia.