Ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak ke-8 Kumpulan 20 (G20) mengenai situasi ekonomi semasa mendapat pujian masyarakat antarabangsa.
Pakar Perancis dalam hal-ehwal China, Pierre Picquart berkata, ucapan Presiden Xi amat bertepatan dengan situasi semasa. Negara- negara di dunia perlu meningkatkan permuafakatan untuk membina iklim ekonomi yang baik.
Ketua Ahli Ekonomi dari Bank ANZ, Liu Ligang berkata, China dan negara-negara BRICS lain mencadangkan untuk menggunakan rizab pertukaran asing masing-masing bagi menstabilkan pasaran kewangan global. Langkah ini memperlihatkan China sebagai negara yang bertanggungjawab.
Presiden Eksekutif Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) berkata, usaha China mentransformasikan kaedah pembangunan ekonomi dan mewujudkan pembangunan lestari, akan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada dunia.