
Negara anggota dan negara pemerhati Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mengadakan simposium di Toshkent, ibu negara Uzbekistan semalam bagi membincangkan kerjasama dalam membanteras keganasan dan pelampau antarabangsa.
Pelbagai pihak bertukar-tukar pendapat tentang bidang dan kaedah bagi mengadakan kerjasama untuk membanteras keganasan dan pelampau. Selain itu, mereka turut mengadakan perbincangan tentang masa depan situasi di Afghanistan setelah pasukan pengaman antarabangsa berundur dari negara itu pada tahun 2014.
Negara-negara anggota SCO juga menyeru masyarakat antarabangsa membatalkan "dwistandard" mengenai isu keganasan antarabangsa








