Cari:
Rundingan Damai Palestin-Israel Mungkin Ditangguh
2014-02-27 15:28:24 CRI Cetak

Rundingan damai antara Palestin dengan Israel yang telah berhenti selama tiga tahun dimulakan kembali dengan dorongan AS pada bulan Julai lalu. Menurut rancangan, kedua-dua pihak mencapai perjanjian tentang keselamatan, garis sempadan, kedudukan Baitulmuqaddis dan pelarian dalam tempoh sembilan bulan. Namun Setiausaha Negara AS, John Kerry menyatakan pada 26 Februari yang lalu, rundingan tersebut mungkin akan ditangguh.

Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kebebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi berkata, AS bersikap pilih kasih terhadap Israel dalam rundingan. Langkah itu tidak akan membawa kedamaian. Beliau menyeru PBB, Eropah dan Rusia mengambil bahagian dalam rundingan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China