Presiden China, Xi Jinping mengarahkan Kementerian Luar dan Kedutaan Besar China berhubung dengan jabatan-jabatan terlibat di negara-negara berkenaan untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung kerja menyelamat. Beliau mahu Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam menggerakkan mekanisme tindak balas kecemasan, meningkatkan pemeriksaan keselamatan supaya menjamin keselamatan penerbangan awam.
Perdana Menteri Li Keqiang juga mengarahkan jabatan-jabatan berkaitan meningkatkan hubungan dengan jabatan penerbangan Malaysia, menumpukan perhatian terhadap kerja menyelamt dan mengenalpasti keadaan penumpang China dengan secepat mungkin.