Kedutaan China akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasatan penggunaan pasport palsu oleh penumpang MH370 yang masih hilang.
Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dalam sidang media keduataan besar China hari ini.
Menurutnya, pihak Itali dan Austria telah mengesahkan dua orang warganegara mereka yang dilaporkan penumpang MH370 tidak menaiki pesawat tersebut, sebaliknya pasport mereka dilaporkan hilang. Kedutaan China memberikan perhatian kepada isu tersebut dan melaksanakan penyiasatan untuk mengenalpasti sama ada mereka mempunyai visa ke China yang sah.
Dalam perkembangan yang lain, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya sedang menyiasat empat individu dalam pesawat MH370 berikutan terdapat laporan dua individu menggunakan pasport palsu.
Belia berkata, pihaknya bekerjasama dengan semua pihak keselamatan dalam negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta Biro Siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi menyiasat dengan lebih lanjut.