Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kesan minyak dijumpai di perairan Vietnam namun tidak nememui sebarang serpihan pesawat.
Beliau berkata, pesawat Vietnam sedang berada di kawasan perairan berkenaan untuk melakukan operasi mencari. Dalam pada itu, usaha mencari dan menyelamat akan diperluaskan kerana kemungkinan pesawat yang hilang itu berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing.
Menurut jabatan pencari Vietnam, helikopter milik pasukan tentara negara itu menemui kesan dan jejak minyak sepanjang 80 meter di perairan 150 kilometer dari provinsi Ca Mau, selatan Vietnam.