Cari:
Iran Sedia Bantu Siasatan Kehilangan Pesawat MH370
2014-03-12 14:07:13 CRI Cetak

Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) semalam mengesahkan dua orang penumpang yang mengggunakan pasport curi menaiki pesawat MH370 adalah warga Iran. Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Marziteh Afkham menyatakan, Kedutaan Besar Iran di Malaysia bersedia membantu dalam siasatan isu berkenaan.

Identiti kedua-dua individu itu sudah disahkan sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 30. Mereka dikatakan cuba menyeludup masuk menggunakan pasport palsu yang dibeli.

Afkham turut menyatakan, Iran maklum akan isu tersebut. Kedutaan Besar Iran di Malaysia bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan kepada Malaysia pada bila-bila masa. Jika terdapat maklumat terkini, Iran akan segera memaklumkan Malaysia.

Tambah beliau, Iran amat prihatin terhadap isu penggunaan pasport palsu oleh warga Iran khususnya kemungkinan terbabit dengan penyeludupan atau keadaaan yang lebih teruk. Iran akan bertindak tegas atas perlakuan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China