Menteri Luar China, Wang Yi semalam menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dan Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh menerusi telefon berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370.
Wang menyatakan, kerajaan China memberi perhatian serius terhadap isu pesawat MH370 yang sudah hilang selama hampir 40 jam. China meminta Malaysia meneruskan operasi mencari dan menyelamat, dan memaklumkan keadaan terkini kepada China pada bila-bila. Kapal penyelamat China sedang belayar ke perairan berkenaan, dan berharap Malaysia memberi bantuan dan kerjasama.
Anifah menyatakan, Malaysia sedang sedaya upaya mencari pesawat berkenaan, dan akan mengekalkan komunikasi dan penyelarasan yang erat dengan China.