Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan China mengadakan sidang kerja kecemasan ketiga untuk mengatur kerja seterusnya berhubung pesawat MH370 yang hilang.
Pada pukul 9 pagi tadi, kapal "Taishunhai" dari Kumpulan Pengangkutan Laut China (COSCO) telah tiba di perairan yang disyaki lokasi pesawat MAS yang hilang dan menjalankan operasi mencari. Setakat ini, kapal itu tidak menemui sebarang objet.
Pada masa yang sama, kapal polis laut 3411 China sedang menuju ke perairan berkenaan untuk menjalankan kerja menyelamat. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat MH370 masih gagal menemui sebarang petunjuk baharu.
Pusat Menyelamat Laut China akan mengekalkan komunikasi dengan pihak Malaysia, sambil meningkatkan penyelarasan dalam kerja menyelamat.