Cari:
AMSA: Masih Belum Ada Penemuan Pasti
2014-03-31 12:18:25 CRI Cetak

Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menyatakan tengah malam semalam bahawa operasi mencari semalam tidak ada penemuan pasti. Objek yang ditemui oleh dua buah kapal kelmarin disahkan tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dan Ketua Kumpulan Kerja Kerajaan China, Guo Shaochun semalam mengunjungi sebahagian keluarga penumpang China yang tiba di Malaysia semalam serta mengadakan pertemuan dengan pihak Malaysia.

Malaysia Airlines (MAS) semalam mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya ada objek yang ditemui dan disahkan milik pesawat MH370, pihaknya akan membawa keluarga penumpang dan anak kapal pergi ke Perth serta menubuhkan pusat perkhidmatan bantuan di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China