AS dan Republik Korea (RoK) mengadakan latihan tentera udara bersama di ruang udara RoK bermula pada 11 hingga 25 April ini.
Sejumlah 103 buah pesawat dan lebih 1,400 orang askar dari kedua-dua negara terlibat dalam latihan yang berkod "Max Thunder" ini.
Latihan ini merupakan latihan ketenteraan berskala paling besar antara kedua-dua negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Kedua-dua negara tersebut juga akan mengadakan latihan mencari dan menyelamat (SAR) yang berkod "Pacific Thunder" pada 14 hingga 18 hari bulan ini.
Kementerin Luar Rusia yang menyatakan kebimbangan terhadap latihan ketenteraan tersebut, menyifatkan latihan berkenaan sebagai tidak membantu memperbaiki situasi serantau. Rusia berpendapat, usaha perlu dilakukan untuk menubuhkan mekanisme keselamatan pelbagai hala di Asia Timur Laut dan menyelesaikan semua pertikaian melalui permuafakatan dan rundingan.