Cari:
Pandangan Masyarakat Jepun terhadap "Peristiwa 7 Julai"
2014-07-07 13:16:18 CRI Cetak

Pasukan China mempertahankan Jambatan Lugou pada 7 Julai 1937

Pada 7 Julai 1937, tentera Jepun menembak kota Wanping China dengan meriam. Peristiwa ini dipanggil "Peristiwa 7 Julai" yang menandakan bermulanya pencerobohan menyeluruh Jepun di China serta perang China menentang pencerobohan tersebut. Meskipun persitiwa ini berlaku pada 77 tahun yang lalu, namun rata-rata di dalam negara Jepun masih keliru terhadap punca dan sifat peristiwa tersebut, khususnya kerana kerajaan Shinzo Abe giat berusaha menanam fahaman sejarah yang diputarbelitkan kepada generasi akan datang. Masyarakat antarabangsa harus berwaspada terhadap hal ini.

Berdasarkan laporan penyelidikan sejarah bersama China-Jepun yang dikeluarkan pada tahun 2010, kalangan sarjana Jepun menyifatkan kejadian tembak-menembak paling awal sebagai suatu kemalangan. Pasukan yang berada di lokasi kejadian tersebut telah pun mencapai gencatan senjata sementara. Bagaimanapun, komander pasukan Jepun yang ditempatkan di China dan Pasukan Kwantung Jepun memandang ini sebagai peluang yang ditunggu-tunggu untuk menghancurkan kerajaan Republik China dan menduduki China secara menyeluruh.

Pasukan Jepun menduduki Jambatan Lugou

Bagaimanapun, kumpulan sayap kanan di Jepun memutarbelitkan sejarah secara sewenang-wenangnya. Mereka mencipta dan menyebarkan pelbagai "teori konspirasi" yang memindahkan tanggungjawab atas "peristiwa 7 Julai" dan perang menyeluruh antara kedua-dua negara kepada China.

Catatan buku teks sejarah di sekolah Jepun tentang "peristiwa 7 Julai" telah mencerminkan pemahaman sejarah yang keliru di masyarakat Jepun. Kebanyakan buku teks tersebut memandang ringan makna penting peristiwa tersebut dalam sejarah atau langsung menerima pandangan kalangan sayap kanan.

Lawan sesewang berita yang dibuka oleh kumpulan wartawan siasatan Jepun baru-baru ini menerbitkan rencana yang bertajuk "tembakan pertama Peristiwa 7 Julai dan hak pertahanan diri kolektif". Bapa penulis rencana tersebut seorang askar yang terlibat dalam perang mencerobohi China. Rencana tersebut mengatakan, tidak kira siapa yang melepaskan tembakan pertama dalam peristiwa 7 Julai, Jepun merupakan pihak yang meningkatkan skala pertempuran. Pada masa itu, tentera Jepun memulakan perang dengan alasan "melindungi perantau Jepun dan mempertahankan diri". Kini, Abe pula meminda Perlembagaan untuk membolehkan Jepun melaksanakan hak pertahanan diri kolektif, yang bakal membuka jalan bagi Jepun melancarkan perang lagi. Apa yang dibuat oleh Abe tidak berbeza dengan pihak tentera Jepun dalam Perang Dunia II.

Pasukan China dari kota Wanping masuk ke medan perang

"Persatuan Demokrasi Berperlembagaan" yang terdiri daripada puluhan sarjana terkenal di Jepun baru-baru ini mengadakan forum mengenai hak pertahanan diri kolektif. Seorang profesor kehormat dari Universiti Tokyo mengeluarkan amaran dalam forum tersebut bahawa kerajaan Abe telah memperlihatkan kecenderungan diktator justeru seperti apa yang berlaku dalam "peristiwa 18 September" pada tahun 1931 dan "peristiwa 7 Julai" pada tahun 1937.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China