Cari:
Jepun Cuba Imbangkan Pengaruh China dalam RIMPAC
2014-07-07 11:03:11 CRI Cetak

Latihan Pinggir Pasifik (RIMPAC) anjuran Tentera Laut AS sedang diadakan di Hawaii. Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF) yang kali pertama mengambil bahagian dalam latihan bersama tersebut menghantar pasukan pertahanan pulau untuk mengadakan latihan menduduki pulau bersama-sama pasukan AS.

Menurut laporan Agensi Berita Kyodo Jepun, program latihan JGSDF ini menyasarkan Pulau Diaoyu dan berniat untuk menyeimbangkan pengaruh dari China.

AS yang menghantar pasukan Marin yang berpangkalan di Okinawa untuk melaksanakan latihan bersama dengan Jepun tersebut jelas memperlihatkan sikap menentang China.

China juga buat kali pertama melibatkan diri dalam RIMPAC, iaitu latihan tentera laut yang paling besar di dunia tahun ini.

Latihan tersebut diadakan berikutan perdebatan hangat mengenai hak pertahanan kolektif di Jepun. JGSDF hanya mengadakan latihan bersama dengan pasukan AS tapi tidak menyertai latihan multilateral, selain memilih lokasi latihan berbeza dengan negara lain. Di samping itu, Jepun juga mengehadkan sasaran komunikasinya untuk mengawal jarak tertentu dengan pasukan pelbagai negara lain yang terlibat dalam RIMPAC 2014 ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China