Cari:
Ucapan Presiden Xi Tentang Hubungan China-AS Jadi Tumpuan Media Antarabangsa
2014-07-10 15:07:02 CRI Cetak

Ucaptama Presiden China, Xi Jinping yang bertajuk "Berusaha Membentuk Hubungan Negara Gergasi Jenis Baharu Antara China-AS" dalam Dialog Strategik dan Ekonomi ke-6 dan Rundingan Peringkat Tinggi Interaksi Sosiobudaya ke-5 China-AS yang dirasmikan di Beijing semalam menjadi tumpuan media antarabangsa. Media antarabangsa menyifatkan ucapan ini sebagai isyarat yang mengekalkan kerjasama dan mengelakkan pertentangan demi manfaat kedua-dua negara malah dunia. Ucapan Presiden Xi juga dianggap menjadi pemandu kepada perkembangan hubungan China-AS dalam situasi baharu.

AP melaporkan Presiden Xi menegaskan ekonomi China dan AS menduduki satu pertiga keseluruhan ekonomi dunia, manakala penduduk kedua-dua negara dan jumlah perdagangan masing-masing menduduki satu perempat dan satu perlima di dunia. Kepentingan kedua-dua negara dilihat saling melengkapi. Sejarah dan keadaan semasa mencerminkan kerjasama memberi manfaat, sebaliknya pertentangan menjejaskan kedua-dua pihak. Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Perbendaharaan negara itu, Jacob J. Lew turut memuji ucapan Xi. Walau bagaimanapun, sama ada kedua-dua pihak dapat mengatasi pergeseran dalam dialog pusingan ini juga menjadi tumpuan.

Reuter pula melaporkan, kedua-dua pemimpin menyatakan negara masing-masing perlu mengawal perbezaan dan perselisihan. Presiden Xi Jinping berpendapat kerjasama China-AS bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara bahkan dunia. Sebaliknya pertentangan akan mendatangkan bencana terhadap kedua-dua negara dan dunia. Barack Obama dalam ucapan bertulis beliau pula menegaskan bahawa AS bertekad menjadikan "kerjasama" dan "mengawal perselisihan secara membina" sebagai asas hubungan baharu antara AS dengan China.

Ucapan Presiden Xi tersebut juga mendapat tumpuan media dari Perancis, Rusia, Republik Korea dan India.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China