Cari:
Dialog Keselamatan Strategik China-AS Keempat di Beijing
2014-07-09 11:57:24 CRI Cetak

Dialog Keselamatan Strategik China-AS Ke-4 di bawah rangka Dialog Strategi dan Ekonomi China-AS pusingan ke-6 diadakan di Beijing semalam.

Naib Menteri Luar China, Zhang Yesui dan Naib Setiausaha Negara AS, William J. Burns bersama-sama mempengerusikan dialog kali ini. Naib Ketua Turus Tentera Pembebasan Rakyat China, Wang Guanzhong, Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai serta Naib Setiausaha Pertahanan AS, Christine Wormuth dan Duta Besar AS ke China, Max Baucus turut menghadiri dialog berkenaan.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai keselamatan strategik, keselamatan bersepadu yang menjadi tumpuan bersama secara mendalam, pragmatik dan membina. Kedua-dua pihak turut bersetuju bersama-sama memelihara dan mengembangkan mekanisme dialog ini bagi terus meningkatkan rasa saling mempercayai dan kerjasama. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China