Cari:
Dialog Strategi dan Ekonomi China-AS Capai Hasil Cemerlang
2014-07-11 13:26:05 CRI Cetak

Dialog Strategi dan Ekonomi China-AS pusingan ke-6 yang diadakan di Beijing pada 9 dan 10 Julai lalu mencapai hasil yang cemerlang. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai usaha melaksanakan persepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, berusaha membentuk hubungan negara gergasi jenis baharu serta topik yang bersifat strategik, jangka panjang dan menyeluruh.

Dalam dialog ekonomi, kedua-dua pihak berjanji akan terus meningkatkan penyelarasan dan kerjasama mengenai dasar ekonomi makro.

Dalam dialog strategi, kedua-dua pihak bersetuju meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk antikeganasan, penguatkuasaan, antirasuah, kastam, perikanan, maritim, pengangkutan, perlindungan konsul, perlindungan orang kurang upaya, tenaga, perubahan iklim, keselamatan nuklear, perlindungan alam sekitar, sains dan teknologi, pertanian, kesihatan dan lain-lain. China dan AS bersetuju melaksanakan persepakatan pegawai tentera kedua-dua negara bagi mengembangkan hubungan ketenteraan, meningkatkan pertukaran dan kerjasama tentera serta menggalakkan pembentukan hubungan ketenteraan jenis baharu.

Kedua-dua pihak juga berjanji untuk berusaha membangunkan Asia-Pasifik yang lebih stabil, damai dan makmur, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan mengenai isu serantau. China dan AS berpendapat, kedua-dua negara bertanggungjawab memelihara kedamaian dan kestabilan dunia serta mengekalkan komunikasi dan penyelarasan yang rapat mengenai isu Semenanjung Korea, nuklear Iran dan Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China