Forum Ruang Siber China-ASEAN pertama anjuran bersama Jabatan Maklumat Internet Negara dan kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dirasmikan di Nanning semalam.
Forum kali ini bertemakan "pembangunan dan kerjasama". Para peserta telah mencapai kata sepakat yang meluas seperti menghormati kedaulatan siber, memelihara keselamatan siber, berkongsi hasil pembangunan siber, membanteras bersama-sama keganasan dan jenayah siber, melindungi hak orang di bawah umur, memperkasakan kerjasama melalui internet serta membina pelabuhan maklumat China-ASEAN.
Lebih 30 syarikat internet yang terkenal dari China dan negara-negara ASEAN menyertai forum kali ini.