Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN (CATTC) telah membantu lebih 300 buah syarikat China dan ASEAN untuk menjayakan lebih 200 buah program pemindahan teknologi pada tahun ini yang bernilai kira-kira RMB 200 juta.
Dalam perkembangan lain, kursus Pengurus Pemindahan Teknologi China-ASEAN ke-2 dirasmikan baru-baru ini. Para pengurus dari Malaysia, Thailand, Kemboja, Indonesia dan Laos menyertai kursus berkenaan.