Persatuan perantau China dan orang Cina serta pelajar China di beberapa negara mengadakan aktiviti baru-baru ini untuk menyambut ulang tahun ke-65 tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC).
Perantau China, orang Cina dan pelajar China di Canberra, Australia mengadakan malam gembira pada malam 3 Oktober yang lalu. Aktiviti seumpama itu pula diadakan di Saint Petersburg, Rusia baru-baru ini yang sudah pun ditontoni bersama oleh bekas askar Persekutuan Soviet, perantau China, orang Cina dan pelajar China.
Malam gembira muzik, nyanyian dan tarian untuk menyambut ulang tahun ke-65 tertubuhnya PRC anjuran Pusat Kebudayaan China Tokyo diadakan baru-baru ini. Rombongan kesenian dari Hainan, China, artis Jepun dan artis China di Jepun menghidangkan persembahan yang menarik.