Cari:
Guangdong Mahu Jadi Perintis Naiktaraf CAFTA
2014-10-13 14:18:15 CRI Cetak

Gabenor Provinsi Guangdong, China, Zhu Xiaodan ketika berucap dalam Simposium Peringkat Tinggi Kerjasama dan Pembangunan Pan Delta Sungai Mutiara (PPRD) ke-10 yang diadakan semalam mengesyorkan, PPRD yang berperanan perintis dalam pembinaan Jalan Sutera Laut sepanjang abad ke-21, patut meningkatkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara di kawasan Jalan Sutera Laut, dan berharap dasar yang berkaitan dengan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dilaksanakan secara terlebih dahulu di PPRD.

Zhu mencadangkan PPRD meningkatkan pembinaan landasan kereta api, lebuh raya, penerbangan, pelabuhan dan perkapalan yang menghubungi Asia Tenggara dan Asia Selatan. Selain itu, koridor logistik antarabangsa Guangdong, Hong Kong dan Makau-provinsi-provinsi barat daya China-negara-negara ASEAN perlu dibina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China