Cari:
Rundingan 22 Negara bagi Banteras IS
2014-10-15 14:56:51 CRI Cetak

Pemimpin angkatan tentera 22 buah negara anggota gabungan anti-IS yang diterajui Amerika Syarikat berkumpul di Washington semalam untuk membincangkan strategi bagi membanteras IS.

Para pemimpin mengadakan perbincangan tentang sama ada menambah serangan udara atau menghantar tentera darat serta menguatkuasakan zon larangan terbang. Presiden AS, Barack Obama telah menemui para pemimpin angkatan tentera petang semalam.

Menurut penganalisis, sidang kali ini menunjukkan keazaman AS untuk membanteras IS. Menurut penasihat keselamatan negara White House A.S., Susan Rice, Turki bersetuju AS dan negara sekutunya menggunakan pangkalan tentera di negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China