Cari:
Myanmar Puji Tinggi Penubuhan Tabung Jalan Sutera
2014-11-11 14:20:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengumumkan, pihaknya akan menyediakan dana sejumlah USD 40 bilion bagi menubuhkan Tabung Jalan Sutera bagi menyediakan sokongan kewangan dalam pembinaan "satu jalur dan satu jalan", iaitu jalur ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Laut.

Media massa Myanmar telah memuji tinggi langkah China tersebut. Ketua Pengedit Federal Daily berkata, "satu jalur dan satu jalan" akan mendorong perkembangan ekonomi serta kedamaian dan kestabilan di rantau ini. Myanmar menyokong langkah China tersebut dan yakin China berupaya bersatu padu dengan negera-negara jirannya untuk membina Jalan Sutera dan mewujudkan keuntungan bersama-sama.

Akhbar The New Light of Myanmar menyiarkan, pembinaan infrastruktur dilihat dapat merangsang pembangunan ekonomi di rantau Asia-Pasifik. Kesalinghubungan memainkan peranan yang penting bagi memperkasakan perdagangan, pengangkutan, maklumat, telekomunikasi, infrastruktur sumber tenaga dan aktiviti kunjung-mengunjungi di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China