Cari:
PM Li: China Jadi Rakan Kerjasama Paling Aktif Bagi ASEAN
2014-11-13 14:41:20 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Nay Pyi Daw petang semalam untuk melawat secara rasmi Myanmar dan menghadiri sidang kemuncak ke-17 China-ASEAN (10+1), sidang kemuncak ke-17 ASEAN-China-Jepun-Republik Korea(RoK) (10+3) serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-9.

Li berkata, China menjadi negara jiran yang paling besar dan rakan kerjasama yang paling aktif bagi ASEAN. Beliau menantikan bertukar-tukar pendapat untuk memperkasakan hubungan China-ASEAN dan meningkatkan kerjasama di Asia Timur dalam persidangan kali ini. Selain itu, beliau berharap sidang bersiri tersebut akan meningkatkan hubungan rakan strategik China-ASEAN, mendorong proses kerjasama di Asia Timur serta kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.

Beliau pula berharap untuk meningkatkan hubungan rakan kerjasama strategik dengan Myanmar agar memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China