Cari:
Sidang Kemuncak Kumpulan 20 Dirasmikan
2014-11-15 15:40:46 CRI Cetak

Sidang kemuncak Kumpulan 20 dirasmikan di Brisbane, kota ketiga terbesar di Australia hari ini. Ini merupakan pertemuan pemimpin entiti ekonomi yang penting di dunia pasca Sidang Kemuncak APEC yang berakhir di Beijing baru-baru ini. Kumpulan 20 telah menjadi wadah yang penting bagi muafakat tentang ekonomi sejagat antara negara industri dan negara pasaran baharu pasca krisis kewangan sejagat pada tahun 2008.

Sebagai pengerusi bergilir Kumpulan 20 kali ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, topik utama bagi sidang kali ini ialah membina ekonomi dunia yang lebih kuat agar merangsang pertumbuhan ekonomi yang kekal dan stabil di negara anggota Kumpulan 20.

Australia telah menetapkan empat topik yang utama bagi sidang kali ini iaitu perdagangan, pembinaan infrastruktur, kutipan cukai dan perbankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China